Rabu, 21 Disember 2011

bilamana hatimu resah ....

Bilamana hatimu merasa resah lagi dan lagi, merasa berat dengan bebanan yang menghempap diri.

Renunglah kembali dirimu, pandanglah anggota tubuhmu, letakkan tanganmu pada dada.

Kemudian pejamkanlah matamu. Perlahan-lahan sebutlah nama Allah.

Sebutlah dengan seluruh, segenap rasa di jiwamu.

Yakin dan yakin bahawasanya Allah sedang mendidik hatimu. Allah sedang mengujimu lagi dan lagi.

Percayalah, segalanya akan reda. Kerana dunia ini pasti akan musnah. Dunia akan turut mati. Hujan lebat yang membanjiri pasti akan reda diganti dengan awan putih dan langit membiru!

Berbahagialah jiwa! Jangan bersedih! Jangan meresah! ♥

take care of yourself, iman and heart

1 ulasan: