Rabu, 25 Januari 2012

Harungi dengan tabah :)

bismillah . alhamdulillah
maaf pada diri kerana retorik .
tak mampu dihalang namun diri ini tetap mendorong juga untuk menaip dan berkongsi pengalaman² yang dilalui pada januari 2012 .
kata kan pada diri : never give up , try again and again
 bagaimana hendak yakin ? sejujurnya ana bukan salah seorang yang mempunyai keyakinan apabila berbicara.
terlalu memikirkan kesalahan dalam penyampaian . ilmu terlalu sedikit . perasaan yang tak mampu dibina . cemburu dengan sahabat yang mampu berbicara dan berkata-kata dengan hebat . ya Allah kurnia kan lah . mampu kah aku menjadi seorang leader yang boleh lead orang lain ?? persoalan yang berlegar-legar di minda.. mungkin sukar dan payah . yang penting MINDSET .

13-15 januari : tamrin nuqaba'

dalam hati : macam mana pulak aku terpilih nie ? ya Allah . layakkah layakkah aku memimpin sedang kan diri belum dipimpin dengan sebaiknya.

bertanya pada sahabat . dia yang memilih ana , kenapa ? oh yaa biarlah rahsia . sahabat lain cuba untuk memberi keyakinan pada diri  . ini semua dari Allah yang menggerakkan hati sahabat yang memilih ana  . yaa benar sekali tak dapat dinafikan . ana perlu terima amanah ini . peluang perlu digunakan sebaik mungkin . teruskan menegakkan islam . Allahu rabbi.

tamrin nuqaba ' di samping menimba ilmu , ukhuwah antara sahabat juga dapat dieratkan . tidak dapat dinafikan ana seronok bersama lu'lu' , rasa kagum dengan kerjasama yang ada , semangat berkobar² .group lain pun semangat jugak , yang penting kami semua adalah satu team !
 banyak pengalaman yang diperolehi , lebih² lagi bab menyembelih ayam . fuh menggerunkan . teringat peristiwa suatu ketika dahulu , ah lupakan jelaa . kelakar apabila dikenang kembali. AYAM² .


harapan : semoga ana dapat memimpin anak-anak usrah dengan baik ! insyaAllah .
walau kadang rasa macam tak boleh , tapi mindset itu penting.  hehe [terbawak- bwak KEPSUL'12]

lu'lu' :
da'ei ibarat tiram dilaut, dihiris pepasir tercalar lah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas dengan lu'lu' yang berharga , perjuangan islam bukannya satu pilihan tetapi satu AMANAH Allah SWT , menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit iman dan taqwa dan sedar dirinya bertuhankan Allah .

KEPSUL'12

keraguan amat ketara , pening memikirkan . akhirnya keputusan yang ana buat ana ikuti KEPSUL mungkin ada something yang ana akan perolehi , pengalaman dan ilmu ! sebelum ni pernah juga mengikuti kem kepimpinan bawah IKATAN , tapi yang dulu lagi lah menguji fizikal dan mental. berdiri selama 3 jam . bayangkan~

perjalanan yang agak jauh , excited rasenye . sememangnya kem ini perlu persediaan fizikal dan mental , alhamdulillah ana dah bersedia ! kuatkan semangat , mencabar kott ! setibanya di sungai congkak , kelihatan pemimpin² dari SEPINTAR dan SAM10 . yang lain belum tiba lagi , solat asar dulu . kemudian  sesi ta'aruf dan pembahagian kumpulan , dan bacaan ma'thurat . ana dan shmyn mengetuai bacaan . kali pertama rasenya ! memandangkan ana seorang yang agak kurang berkeyakinan , gemuruh rasanya ! seterusnya , solat maghrib dan isyak dan kemudian slot ceramah ustaz zamri

setiap saat kita perlukan Allah bukan saja mase exam dan ketika ditimpa kesusahan , kita kena tahu dari mana asal kita , destinasi kita  dan tujuan kita hidup ! walaupun hanya seketika ana  merasai suasana alam barzakh , itu sudah cukup menginsafkan diri , terlalu banyak rasanye dosa yang dilakukan, lalai dengan dunia. bagaimana pengakhiran hidup ini ?? baikkah atau sebaliknya ?persediaan perlu dilakukan ! , rasanye macam baru saja tersentak dari mimpi , ternyata hidup ini terlalu singkat , singkat sekali . ya Allah jadikan hari² yang aku lalui ini sentiasa dalam keredhaanMu amiin.

seterusnya, seronok mendengar ceramah ustaz Muhammad Syaari bin Ab. Rahman..
ana dikenalkan dengan kisah Al-Fateh , walaupun sebelum ini hanya dengar sedikit saja mengenai Al-fateh, kini ana jelas tentang Al-fateh. hasrat hati nak beli buku tentang Al-fateh , insyaAllah . rasa kagum dengan Al-fateh . dan ana rase kagum dengan kehebatan dan keindahan islam. tak dapat di gambarkan dengan kata².
seriously ana bukan seorang yang pandai dalam bercerita . perlu diasah rasanya . .


kepsul ni mengajar ana untuk lebih berkeyakinan. kini ana sedar , untuk menyampaikan sesuatu yang benar itu jangan pernah berasa takut dan perlu lah mencuba untuk menjadi seorang yang berani. jangan tengok pandangan orang terhadap kita. sentiasa fikir positive ! insyaAllah segalanya berjalan lancar .

ana rasa sampai sini saja entri kali ni .
esok result SMA keluar. doakan ana dan calon² SMA 2011 MUMTAZ ye ! aamiin











take care of yourself, iman and heart

Ahad, 1 Januari 2012

mari teruskan :) pray for me !

bismillah .
peace be upon you 
dupdapdupdap
2012 ! begitulah rasenye ,
 masa berlalu begitu pantas.
tahun terakhir sebagai pelajar SAM.RAWANG . tidak akan ku sia-siakan 
 biah solehah dan bumi tarbiyah . segalanya ku pelajari :) 
 perasaan merisaukan ataupun cuak ? err
2012 banyak target yang perlu direalisasi kan .
hidup dengan gaya seorang muslim yang hebat dan nabi sebagai qudwah hasanah ! insyaAllah .
 SPM ? oh tidakk. apa²pun ketahui lah Allah bersama mu. berusaha dengan gigih insyaAllah natijah nya cemerlang.
bagaimana azam ? oh yaa dah pasang masa maal hijrah hari tu ? bagus !
jika belum jom pasang. belum terlambat lagi .:)
no more last-minute-study .
firstly . niat lillahi ta'ala . amar makruf nahi mungkar.
4 januari bermula kehidupan seorang pelajar biasa dan seorang calon SPM 2012.
doa kan ye , mungkin entri ini yang terakhir sehingga ana mengharungi SPM dengan tabah .
smoge straight A's untuk ana dan sahabat² dalam SPM 2012. amiin ya Rabb !


MARI TERUSKAN PERJUANGAN YANG SELANJUTNYA ! SPM 2012









take care of yourself, iman and heart