Sabtu, 8 Disember 2012

terlakar memori ~

Dengan nama Allah , ku mulakan bicara ini ,

nampaknya agak lama juge tak meng-update blog ni . almaklumlah ke-busy-an telah melanda .
so how's your iman , moge bertambah dan tak pernah berkurang , haa tapi hakikatnya iman manusia tu sentiasa bertambah dan berkurang kan ?

Alhamdulillah , berakhir sudah perjuangan yang dihadapi untuk tahun ini , kini bergelar lepasan SPM dan EX-SAMeR ..dan tentunya melalui perjuangan ini , semua student mengharapkan kejayaan kan ?
prinsip yang ana pegang setiap kali lepas exam . DOA + TAWAKAL = NAJAH , sungguh bila kita ada sikap macam tu , hati sentiasa tenang , dan bila tiba masanya kita akan terima apa² saja yang diberikan olehNya. tapi kalau nak berjaya , kena lah doa banyak-banyak . Allah kan MAHA PENDENGAR, dengan kuasaNya , segala-galanya akan berubah , ^_^ berkata berdasarkan pengalaman .

pejam celik pejam celik , tup tup dah habis dah 5 tahun belajar kat SAM.RAWANG , *setia betul kat sekolah sampai tak nak pindah , dan akhirnya semuanya bakal menjadi kenangan dan dah jadi dah pun -_-'. ouh rindunya , sedih  terpaksa meninggalkan suasana tarbiyah di sana .
praise to Allah , for gave me such a beautiful memory ~

DI SAMER , ana mula mengenal apa itu tarbiyah , dan alhamdulillah dikurniakan nikmat untuk mengenal islam dengan sebenar-benarnya , sebab bukan semua orang apabila ditarbiyah dia menerima, mungkin perlukan masa .apa yang membuatkan ana tertarik pada sekolah ni ialah , KTS (KOD TARBIYAH SAMER) antum ada ? hehe . *kecoh laa budak nie . :P nak tahu lebih lanjut sila ke link yang diserta kan pada kalimah kod tarbiyah samer *ceh kalimah . heh !

taraa ni lah yang di tampal kat setiap kelas .

Disana juga , ana mengenal apa itu ukhwah , ye setiap orang pasti ada teman masing masing kan . seseorang yang kita boleh luahkan perasaan , sentiasa bagi kita semangat , dan  sentiasa ingatkan kita soal hati .
and i got them from SAMeR , then i will keep their name in my heart biiznillah→ Munira, Shahidatul , eez Maaruf , shuhada , Adlin ,Zaimah *uhibbuk fillah*
terima kasih kurniakan insan insan ini ya rabb , suka duka dikongsi bersama , mereka memang ohsemm !
dari mereka , ana belajar erti tabah , syukur , sentiasa kuatkan diri , yakin , bersemangat , jangan tension masa belajar , jangan lupa tidur time buat preparation exam [stay up laa]  dan macam macam lagi , dan pernah berjanji kalau nak ke makkah pergi sama-sama (credit to shahidatul , sweet tak? klu dia ingat lagi laa :P )


credit to sahabiah ♥




banyak lagi lah yang ana kenal kat sana yang dapat membantu ana untuk menjadi 'orang' .orang ? insan yang dapat berbakti pada agama kelak dan menjadi insan yang berguna , even berjaya macam mana sekali pun , kita kena ingat Allah selalu , sebab dia yang bagi nikmat . biarlah nikmat tu berkat bukan sebab istidraj .

dan yang paling mencabar , kenal tentang cinta . okay ana tahu semua orang tak terlepas dari perkataan tu . sebab ia memang fitrah manusia . tapi ana rasa ana dapat kawal lagi kott , even kena gossip ngan kawan pun , relaks je laa . kesah pulak ? sebab ana yakin dia yang teristimewa dalam hidup ni dah tertulis di luh mahfuz dan bila tiba masanya . he will come to me . [eh over ! ] okay stop thinking bout that , officially i'am still student ..

nampaknya entri kali ni bergitu panjang ye kawan kawan . terima kasih masih meluangkan membaca ,
okay sekarang nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada SAMeR dan warganya,  terima kasih buat guru -guru yang disayangi .
penghargaan buat mereka yang hadir dalam hidup di samer
senarai guru kelas :)

FORM 1.2 : ustazah Azizah
FORM 2.1 : ustazah Azizah
FORM 3.1 :Teacher Fazidah
FORM 4.1 : ustazah Farah
FORM 5.1 : Puan Rafidah 

note : kat samer semua guru kami panggil ustaz/ustazah dan kami akan panggil teacher atau cikgu bila cikgu tu mintak . dah lama tak guna perkataan cikgu , -_-'

buat rakan rakan terima kasih sudi berkawan dan membina ukhwah :
→ warga 1 maliki '08 , 2 hanafi'09 , 3 hanafi'10 ,4 hanafi'11 dan 5 hanafi'12
→ adik adik junior dan adik² usrah , for both of my friends , syukran jazilaan ^_^
→ terima kasih juge buat senior : kak syuhada zainuddin , kak khadijah , kak ain , kak madhihah dan mereka mereka yang mengenali ana 
selamat bercuti buat rakan rakan dan junior . to 9A  PMR 's candidates , teruskan berdoa ~! moga najah !


okay rasanya sampai sini je laa.
akhirul kalam . please make du'a for us , and for you never give up and keep moving , always pray to Him for every single time that you have , He knows better than us ! moge 10/11/12 A+ SPM menjadi milik ku dan rakan rakan . Aamiin ya rabb

sincerely :  lepasan SPM 2012 . naurah_iftinan ^_^


SAMeR → love u , i'll miss you a lot . :'(

satu hari nanti , i'll be a doctor , insya-Allah





take care of yourself, iman and heart

Tiada ulasan:

Catat Ulasan