Khamis, 19 Januari 2017

BANDA ACEH PART 1

Bismillahirrahmannirahim..

its has been a year and more since i stopped sharing anything here.

too lazy , busy and i have no idea what should i post.
so yeah today in a new year month , i will begin my sharing again.


----

HOW THE JOURNEY BEGIN – BANDA ACEH

“Kak, nanti datang ya ke Majlis di Aceh, tarikhnya nanti diberitahu kemudian”
“inshaAllah kalau tiada halangan” sahutku

Aku mendapat khabaran gembira dari gadis yang indah perilakunya baik tutur katanya, penuh ilmu di dada lagak gayanya, perkenalan kami bermula di dalam Kelas AFIS, baru saja kenal seolah-olah sudah lama berteman. Awal juga dapat jemputannya semester lepas sudah aku tahu dia bakal menjadi milik orang.  Awal semester 1 dia menjemput lagi sekali.

------

“Intan, jom ke Majlis Azka di Aceh? Alang-alang tu kita ziarah sekali Banda Aceh. Nanti kita cari sesiapa yang nak join kita.”

“haa boleh juga. Nanti kita Tanya mak kita dulu.”
Sahutan ku disambut.

Aku pun bertanyakan pada mak tentang hasrat ku ke sana, lepas dah habis bincang-bincang dengan mak dan dah beritahu abah serta abang sulong ku, yes! Hati menjerit keriangan seperti yang dijangka mereka memberi kebenaran untuk aku bermusafir bersama teman teman.First and it will be a lot of journey.

Beberapa hari kemudiaan, dua bulan sebelum tarikh ke sana, Air asia buat promo.
Apa lagi , peluang yang ada tidak aku sia-siakan begitu saja. Aku pun scroll harga tiket ke banda Aceh, haa boleh tahan murah juga ni. Guna duit tabuung sendiri. huhu Dan aku post di group sisterhood Israk.

“ada sesiapa yang ada passport dan parents bagi travel, boleh pm ?”

Tanya soalan general, ingatkan kena ada passport on the spot baru boleh booking rupanya boleh je booking even tak da passport lagi. Noob betui. Haha

Okay then, ada dua tiga member tanya dan memberi jawapan pada soalan yang aku ajukan di group., semua tak available. Kecuali seorang iaitu Nik shahidah. 
Alhamdulillah bertambah seorang teammates.

 Kami pun booking tiket promo return  

Aku dah tekad dah ada 2 3 orang pun aku akan proceed perjalanan ini.

Siapa sangka, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik,

Perjalanan kami ditambah dengan 2 orang lagi, Ain Rosli dan Syaiema. 2 orang ni tak baca group. 

Sedang duduk sembang depan kelas, kami masuk pasal cuti kot,

Tetiba macam, “cuti ni kami nak ke Aceh, nak ikut tak? Tapi kena check tiket flight kot laa lagi murah ke apa”. masa tu dah habis promo dah.

Memang rezeki depa dua orang. Tiket lepas promo lagi MURAH dari tiket time promo. Cisskek betul. Lol pandai air asia main harga. Punya semangat kawan aku dua orang ni, sampai ke kelas tak focus nak tempah tiket punya pasal. Haha

Okay then we have booked  ticket and ready to fly.

Perancangan ni on the spot jaa. Kami bukanlah teman rapat, tapi kami teman sekulliyah, biasa kawan-kawan rapat ja kan kita travel sama, tapi aku dengan kawan sekulliyah  main redah travel sama. Haha itu lagi mengeratkan gitu.

Allah izin aku kenal seorang kenalan Aceh dalam kelas namanya Arfa, kecil molek orangnya, elok perilakunya dan sopan santun, malu kita yang ganaih ni. Arfa lah tempat aku dan teman teman menjadi rujukan dan meminta bantuan.Walaupun kekok jap, tapi Siapa sangka perkenalan yang singkat ini  seolah-olah punya hubungan yang akrab seperti kenal lama. Tetiba rasa macam susahkan orang. Sobs.

Jazakillahu kheir Arfa dan keluarga yang sangat meraikan kami, jadi ngereputin ajaa. Rindu Bunda, kak tiya dan Mahathir Aceh (ayah arfa, haha) nanti kami datang lagi inshaAllah.

Okay tentative tak disusun dengan betul disebabkan busy exam. Kami pun main redah jaa dengan planning yang ada.  Trip kami ini bertujuan memenuhi jemputan walimah dan ziarah banda Aceh jadi Itinerarynya secara ringkas yang telah berubah  seperti berikut :

13 Jan –
Depart from KLIA2
Arrival Sultan Iskandar Muda Airport
Rumah Arfa
Kila homestay
Masjid Baiturrahman,
jalan jalan di sekitar masjid
Makan Malam

14 Jan –
 pusing banda Aceh naik bas
 Hadir ke Majlis Azka
 Muzium Tsunami
PLTD Apung
Makan Bakso
Rumah sepupu Arfa majlis Berinai
Menginap di Rumah Arfa

15 Jan –
Jalan Jalan dan Riadah di Taman,
Pantai Leupung  (Pantai Penyu)
Pasar Atjeh
Borong sourvenier

16 Jan – Gerak ke Sabang
17 Jan – Balik ke Malaysia

Sepatutnya tambah hari lagi, ni waktunya singkat banget sihh. Tak sempat habis redah banda Aceh. Kena nasihat dengan bunda dan ayah arfa, lain kali datang lagi jangan buat  jadual rushing rushing. Takpe pengalaman itu mendewasakan.

 Antara tempat yang tak sempat zaiarah

 Rumoh Aceh, kuburan Massal ( lalu jaa tak singgah) , kapal atas Rumah, Pasentren. Gunongan dan lain lain. Ada 3 orang kawan tu depa sempat singgah sebab pakcik tuk tuk aka beca  bawa diorang. Me is jealous,  Tapi dalam trip kami yang tak ada dalam trip orang lain ialah majlis walimah orang acehh, lain dari yang lain . dapat tengok adat pernikahan orang aceh. Nanti nak datang lagi pergi Majlis Arfa pulak hiks :P

Here are some budget for my trips


  1.      Tiket Return = RM 187//per person boleh dapat lagi murah dari ini yaa kawan kawan.  *tak masuk adds on luggage (luggage pergi Tak payah beli pun takpe kalau nak backpackers , balik beli laa, harga berubah ubah , kalau aku punya 25 kg RM 50 ) dan insurance (RM30//per person)*,

2.  Tempah hotel atau homestay. Kami tempah homestay sesuai dengan bajet per night since hari berikutnya kami menginap di rumah kawan.
Homestay : Kila homestay (klik!) , Family Room 250ribu rupiah //pernight, extra bed 50RibuRupiah// perbed, recommended homestay, dekat depan masjid. Strategik.
 Crystall GuestHouse pun boleh cuba.

        3.Supir ke homestay/ hotel = boleh cuba cari terus atau naik labi labi ( angkut). Orang kata ada taxi atau bas dekat Airport tu. Since kami kawan tumpangkan ke homestay jadi kami tak tahu rate harga ke banda aceh. Hari tu ada Tanya dengan kereta sewa dapat 150 ribu rupiah. Quite expensive. Boleh dapat lagi murah kot.

4.     Labi labi = 335 ribu rupiah

5.    2 , 3  Beca naik 2 kali = 55 ribu rupiah

6.   Beli Kartu telefon = 20 Ribu Rupiah. Paket pulsa tembak (internet 4gb) = 100 ribu rupiah

7.    Kalau nak ke sabang, tempah juga hotel melalui online booking (klik!)
Freddies Santai Sumur 3 . 470000 Rupiah//pernight 4 person. (RM 160)

                  8.Cari supir untuk keliling pulau sabang . kami dapat 600 ribu rupiah untuk 5 orang  standard harga.


Bajet per person jumlah kasar dalam RM500++ termasuk tiket flight, makan, transport .

sourvenir dan lain lain atas individu kira lain laa.


No photos, nanti part seterusnya cheq letak some photos !
thanks for reading. Moga bermanfaat

To be continued ….


take care of yourself, iman and heart

Tiada ulasan:

Catat Ulasan